Saturday, February 26, 2011

Kerja Baru!!!

Assalamualaikum...

Dah dapat kerja baru sambung kat department lain.Nama department tu tak payah bagitau la kat sini sebab nama dia unik sangat hehe.Bila saya bagitau saya kerja dekat_____mesti diaorang akan gelak.Kenapa yew???ejaannya kah,atau sebutannya kah hehe.Saya nak sebut pun terpaksa cover dengan mulut sebab takut tersalah bunyi pulak nanti.Arghh~bunyi pelik saya tak kisah janji income dia cukup masyukkk~

Nak jadi penglipur lara sekejap,promoter tu punya la susah payah call saya sampai 4 kali tapi satu pun saya tak angkat.Saya tak dengar call masuk tengok-tengok ada 3 panggilan masuk termasuk satu sms yang berbunyi macam ni"petang ni pukul 3 datang untuk interview"hehe..malunyerr~
nasib baik dia bagi sms kalau tak melepas saya.Saya pun pergila kat tempat kerja nak isi borang dulu.Nak dijadikan cerita promoter tu suruh saya photostat i/c.Saya pun apalagi dengan menggunakan segala kudrat pergi photostat dengan berjalan kaki di bawah cahaya matahari yg terik.Dipendekkan cerita time2 saya nak pergi interview supervisor pulak sibuk dia kata banyak kerja.So,saya pun terloncat keriangan macam maskot dalam iklan ribena.bestt oww~bukan senang dapat peluang macam ni

Tuntasnya(cehh~)hari selasa ni saya start kerja selama 4 jam.Thanks a lot to my promoter.


p/s:kira macam ni la kerja saya tengok baju sampai dah bosan sebab baju yang sama je..!!!

Friday, February 25, 2011

Kenapa terlalu cepat!!!

Assalamualaikum...


Biar betul result SPM 28.2.2011.Bagaikan sakaratul maut untuk menempuhinya.Takut=perkara biasa untuk budak nak ambil result.Ketaq=penyakit saya yang tak boleh hilang sampai sekarang.Menangis=tengokla macam mana nanti.Saya ingatkan yang diaorang cakap result keluar isnin ni tak betul.So saya pun pekakkan telinga la sebab mustahil sangat result keluar bulan 2.Tahun-tahun sebelum ni keluar awal bulan 3.Bila adik saya balik dari asrama dia kata tak jadi periksa 28.2.2011 sebab time tu result SPM nak keluar.TIDAKK!!!

Masa tu makan tak lalu terus(ye ke~)HAHA.Kawan-kawan saya cakap pun result SPM keluar isnin ni sebab diaorang dengar dari cikgu-cikgu.Tarikh tu tetap akan wujud juga nak buat macam mana kena hadapi la juga.Saya boleh bayangkan muka-muka cikgu yang tengah tunggu penuh debaran.Tak lupa juga kenapa guru kelas saya yang sudah semestinya akan turun padang untuk melihat keputusan kita.Dia akan berkata"Alhamdulillah akhirnya fizik tahun ni sekolah kita 100% lulus".woww~hebat tu cikgu cakap macam tu.Kami tak akan sia-siakan harapan cikgu.Don't worry Cikgu Zabariah.

Thursday, February 24, 2011

Berdikari untuk diri sendiri:-)

Assalamualaikum...


Berdikari bagi saya tu macam dah mula dapat merasa pegang duit sendiri(walaupun gaji tak dapat lagi)...wahhh!!bestnyerr menunggu macam mana dapat gaji pertama masa tu semua benda nak beli..tamak haloba la pulak..
tapi aku dah berhenti kerja sebab fair aku dah habis..nak kata best kat tempat kerja tu tak la tapi semua orang kat sana friendly tu yang buat saya agak TERKESIMA dan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dah semakin OK!!!insyaallah kalau ada rezeki saya nak sambung lagi kat department lain pulak..

coretan di sini sahaja,
jaga diri semua,
bye2