Thursday, March 10, 2011

Walkhaton Mengisi Perut

Assalamualaikum...
apa khabar sayang-sayang semua??
sihat??
apa ni bersayang-sayang gelii la!!eee~
huhu :)
  • kalau tak berapa sihat saya doakan semoga anda semua cepat sembuh ok!!
hari ni nak cerita pasal makan-makan la...hehe
semalam kawan baik saya belanja makan KFC..hehe
itupun nak cerita ke...biar la bukan senang kawan baik saya ni nak belanja..hehe
semalam kami ambik snack plate dengan cheezy wedges..(ambik je)hehe..
kami 3 orang makan tak habis sebab terlalu teruja sangat dapat jumpa dengan
diaorang..rindu sangattt!!!
pastu jalan-jalan p tempat kerja saya...
kawan saya ni syok la p kat atas tapi saya malas sebab nanti nak sembang2 dengan diaorang tak sempat pulak....
saya pun heret diaorang untuk turun ke bawah...
jumpa dengan my classmate masa sekolah lama...
boleh kawan aku cakap..
"belanja depa makan la ni,makan bukan habis pun"..ngee~
tak habis sebab dapat ayam yang banyak isi...
P/s:sorry tak habis ye!!!kalau bawak mcD cornfirm prosperity tu aku bedal sampai 3 bungkus...

Tuesday, March 8, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition ft. Aizat Amdan



p/s:apa-apa lagu yang aizat nyanyi memang bestt!!!


Assalamualaikum...
uitt..tengah memikir idea apa yang sesuai dalam BELOG ni...

dah ada idea...
semalam memang saya tak tegur la budak tu..
dah la sedap mulut je kata saya sombong..terasa oww~
dia pun jalan buat selamber je :)
respon yang positive..good2
sekurang-kurangnya saya dah tau dia tu macam mana..
ALHAMDULILLAH AMIN ^_^
kawan-kawan saya pun saya jarang msg  tapi diaorang ok je..
ye la dah la balik keje malam penat tu jangan la cakap walaupun keje 4 jam..
penat berdiri..hahaha

dah2..ishh tak baik kita mempertikaikan balik...
boring la cerita pasal tu..
kita cerita pasal lain pulak na :)

pagi tadi saya menggedik nak ikut mak saya..
best keluar pagi2 tengok trrafic jam..
kalau saya masa sekolah dulu kalau tengok traffic jam dah gabai lebih-lebih lagi sampai tak nampak tiang lampu isyarat..haha
faham-faham je la...ngee~
dengar radio HOT FM...
tajuk hot chat pagi ni rumahku syurgaku,rumahku storku..apa-apa la mengenai rumahku
ada satu pendengar dia call dia kata rumah dia tempat kucing buang benda2 yang sepatutnya la..haha
orang tu cakap lagi rumah tuan kucing tu punya la cantik semua orang tau dekat jalan tu rumah dia la yang paling cantik sekali...
Fara kata pulak kalau selonggok tak pe la ini dua tiga longgok..haha
tak patut betul sian kat rumah jiran tu..


p/s:comel sangat muka SAYANG ni..ngee~
jangan nakal-nakal na :)
ikhlas dari saya untuk kucing di atas :)




Monday, March 7, 2011

Hurmmm :)

Assalamualaikum...

hurmm???blog ni rasanya nak gulung tikar je kut...
nampak sangat mandom tahap kritikal...
hari ni saya ada idea nak buka gosip..hehe
pssttt :)meh sini kalau nak dengar..

ishhh saya geram betul la dengan seorang manusia ni...
dah la tegur saya kat FB tiba-tiba dia cakap saya sombong..
heran betul :(
so,saya pun melawak la cakap dia yang sombong...
dia boleh kata saya sombong sebab tak msg dia...
haikk!!!
kenapa pulak saya perlu msg dengan dia kalau tak ada hal yang mustahak...
lagipun perlu sangat ke saya kena msg dengan dia..
whatever la ^_^

aku pun saja la tengok FB dia...
terkejut gak la sebab kat atas tu bagitau(he3)
add as friend..
ishh3..
sampai macam tu sekali..
ermm..nak buat macam mana :(

semoga hidup dia sentiasa diredhai ALLAH..:)



Saturday, February 26, 2011

Kerja Baru!!!

Assalamualaikum...

Dah dapat kerja baru sambung kat department lain.Nama department tu tak payah bagitau la kat sini sebab nama dia unik sangat hehe.Bila saya bagitau saya kerja dekat_____mesti diaorang akan gelak.Kenapa yew???ejaannya kah,atau sebutannya kah hehe.Saya nak sebut pun terpaksa cover dengan mulut sebab takut tersalah bunyi pulak nanti.Arghh~bunyi pelik saya tak kisah janji income dia cukup masyukkk~

Nak jadi penglipur lara sekejap,promoter tu punya la susah payah call saya sampai 4 kali tapi satu pun saya tak angkat.Saya tak dengar call masuk tengok-tengok ada 3 panggilan masuk termasuk satu sms yang berbunyi macam ni"petang ni pukul 3 datang untuk interview"hehe..malunyerr~
nasib baik dia bagi sms kalau tak melepas saya.Saya pun pergila kat tempat kerja nak isi borang dulu.Nak dijadikan cerita promoter tu suruh saya photostat i/c.Saya pun apalagi dengan menggunakan segala kudrat pergi photostat dengan berjalan kaki di bawah cahaya matahari yg terik.Dipendekkan cerita time2 saya nak pergi interview supervisor pulak sibuk dia kata banyak kerja.So,saya pun terloncat keriangan macam maskot dalam iklan ribena.bestt oww~bukan senang dapat peluang macam ni

Tuntasnya(cehh~)hari selasa ni saya start kerja selama 4 jam.Thanks a lot to my promoter.


p/s:kira macam ni la kerja saya tengok baju sampai dah bosan sebab baju yang sama je..!!!

Friday, February 25, 2011

Kenapa terlalu cepat!!!

Assalamualaikum...


Biar betul result SPM 28.2.2011.Bagaikan sakaratul maut untuk menempuhinya.Takut=perkara biasa untuk budak nak ambil result.Ketaq=penyakit saya yang tak boleh hilang sampai sekarang.Menangis=tengokla macam mana nanti.Saya ingatkan yang diaorang cakap result keluar isnin ni tak betul.So saya pun pekakkan telinga la sebab mustahil sangat result keluar bulan 2.Tahun-tahun sebelum ni keluar awal bulan 3.Bila adik saya balik dari asrama dia kata tak jadi periksa 28.2.2011 sebab time tu result SPM nak keluar.TIDAKK!!!

Masa tu makan tak lalu terus(ye ke~)HAHA.Kawan-kawan saya cakap pun result SPM keluar isnin ni sebab diaorang dengar dari cikgu-cikgu.Tarikh tu tetap akan wujud juga nak buat macam mana kena hadapi la juga.Saya boleh bayangkan muka-muka cikgu yang tengah tunggu penuh debaran.Tak lupa juga kenapa guru kelas saya yang sudah semestinya akan turun padang untuk melihat keputusan kita.Dia akan berkata"Alhamdulillah akhirnya fizik tahun ni sekolah kita 100% lulus".woww~hebat tu cikgu cakap macam tu.Kami tak akan sia-siakan harapan cikgu.Don't worry Cikgu Zabariah.

Thursday, February 24, 2011

Berdikari untuk diri sendiri:-)

Assalamualaikum...


Berdikari bagi saya tu macam dah mula dapat merasa pegang duit sendiri(walaupun gaji tak dapat lagi)...wahhh!!bestnyerr menunggu macam mana dapat gaji pertama masa tu semua benda nak beli..tamak haloba la pulak..
tapi aku dah berhenti kerja sebab fair aku dah habis..nak kata best kat tempat kerja tu tak la tapi semua orang kat sana friendly tu yang buat saya agak TERKESIMA dan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dah semakin OK!!!insyaallah kalau ada rezeki saya nak sambung lagi kat department lain pulak..

coretan di sini sahaja,
jaga diri semua,
bye2