Sunday, March 20, 2011

10 peatanda dia jodoh kita..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, March 16, 2011

Yippie!!!

Assalamualaikum...
sekejap yew nak ambik bulu ayam nak sapu habuk  kat BELOG ni :)
fuhhh~bersih pun
ok2..kita mulakan cerita
haihhh~kecik besor je saya tengok customer tu..
dah la partime jeans pergi jahit seluar so saya nampak ada customer pergi la surve..
dia mintak saiz 28(habis kecik la tuu~)
nak kecik lagi pergi kat atas bahagian kiki lala banyak saiz kecik pilih je :)
nak seluar colour hitam..aku cari punya cari jumpa warna hitam pastu boleh pak cik(hormat la sikit) tu kata
"aku hari ni tak bawak duit,seluar ni bukan aku yang nak pakai"
pastu konco-konco dia pun gelak..
dalam hati saya pun berkata dengan memang sengaja..
"setakat buat lawak tak jadi ni balik rumah tanam jagung la"ngeee~
dia pun tengok seluar ni dia kata lagi"aku tak nak corak kedut2 ni"
ishh2 tu bukan corak kedut la tu nama dia SEASON
saya pun cakap la ni nama dia season dia kata "aku tak tau apa kebenda tu"
hahaha!!
konco2 dia pun syok la gelak mengekek-ngekek ketawa..menyampahnyer~
ok2 kita abaikan cerita bujang lapok tu..

kita sambung cerita yang lebih menarik sangat tak terkira ni..
wahh~kenapa ada huruf P tu sesat kut :)
hahaha
Hari ni saya dapat lesen P kelas D...ni cuba tengok kat bawah :)


kantoi ahh~2 kali ambik lesen..
cuak betul masa first time..
lepas ni cadang nak ambik lesen traktor pulak baru ada SUPER POWER sikit..haha
mengarut la..kalau ambik lesen traktor belum tentu saya boleh start enjin..ngee~
dengan semangat+gembiranya dah dapat lesen tiba2 petang tadi saya rasa seluarku dah semakin semakin longgar adakah ini bermakna saya sudah kurus+keding+kecik=???
kecik??hahaha
sebenarnya saya tak makan sebab terlampau ketar nak test jpj..
bila dah makan seluar pun ok je la :)
hahaha

p/s:terima la hakikat weii~

Friday, March 11, 2011

Pandai Berlakon..hua3

Assalamualaikum!!!
uitt semua...

hari ni excited sangat nak cerita pasal kisah pandai berlakon..
ini semua gara-gara MR.CHEETAH la dia kata saya pandai berlakon depan promoter!!!mana ada aku pandai berlakon setakat jadi pelakon tambahan yang biasa-biasa tu ada la..ngee~

boleh dia kata macam ni..
"u aa promoter tak ada u sembang aa,promoter ada u lipat baju..
u memang pandai berlakon"

nasib baik je dia lagi tinggi dari saya kalau tak dah lama kena tomoi dengan aku..hahaha

diam-diam dah la kang promoter saya dengar pecah rahsia..
nanti kak tu cakap..
"bertuah punya partime aku..aku tak da dia boleh mesyuarat"..huhu



macam tu la kalau promoter tak da saya akan lancarkan projek saya :)

p/s:maaf ye kak,bukan apa kebosanan dah melanda dalam diri..haha

Thursday, March 10, 2011

Walkhaton Mengisi Perut

Assalamualaikum...
apa khabar sayang-sayang semua??
sihat??
apa ni bersayang-sayang gelii la!!eee~
huhu :)
  • kalau tak berapa sihat saya doakan semoga anda semua cepat sembuh ok!!
hari ni nak cerita pasal makan-makan la...hehe
semalam kawan baik saya belanja makan KFC..hehe
itupun nak cerita ke...biar la bukan senang kawan baik saya ni nak belanja..hehe
semalam kami ambik snack plate dengan cheezy wedges..(ambik je)hehe..
kami 3 orang makan tak habis sebab terlalu teruja sangat dapat jumpa dengan
diaorang..rindu sangattt!!!
pastu jalan-jalan p tempat kerja saya...
kawan saya ni syok la p kat atas tapi saya malas sebab nanti nak sembang2 dengan diaorang tak sempat pulak....
saya pun heret diaorang untuk turun ke bawah...
jumpa dengan my classmate masa sekolah lama...
boleh kawan aku cakap..
"belanja depa makan la ni,makan bukan habis pun"..ngee~
tak habis sebab dapat ayam yang banyak isi...
P/s:sorry tak habis ye!!!kalau bawak mcD cornfirm prosperity tu aku bedal sampai 3 bungkus...

Tuesday, March 8, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition ft. Aizat Amdan



p/s:apa-apa lagu yang aizat nyanyi memang bestt!!!


Assalamualaikum...
uitt..tengah memikir idea apa yang sesuai dalam BELOG ni...

dah ada idea...
semalam memang saya tak tegur la budak tu..
dah la sedap mulut je kata saya sombong..terasa oww~
dia pun jalan buat selamber je :)
respon yang positive..good2
sekurang-kurangnya saya dah tau dia tu macam mana..
ALHAMDULILLAH AMIN ^_^
kawan-kawan saya pun saya jarang msg  tapi diaorang ok je..
ye la dah la balik keje malam penat tu jangan la cakap walaupun keje 4 jam..
penat berdiri..hahaha

dah2..ishh tak baik kita mempertikaikan balik...
boring la cerita pasal tu..
kita cerita pasal lain pulak na :)

pagi tadi saya menggedik nak ikut mak saya..
best keluar pagi2 tengok trrafic jam..
kalau saya masa sekolah dulu kalau tengok traffic jam dah gabai lebih-lebih lagi sampai tak nampak tiang lampu isyarat..haha
faham-faham je la...ngee~
dengar radio HOT FM...
tajuk hot chat pagi ni rumahku syurgaku,rumahku storku..apa-apa la mengenai rumahku
ada satu pendengar dia call dia kata rumah dia tempat kucing buang benda2 yang sepatutnya la..haha
orang tu cakap lagi rumah tuan kucing tu punya la cantik semua orang tau dekat jalan tu rumah dia la yang paling cantik sekali...
Fara kata pulak kalau selonggok tak pe la ini dua tiga longgok..haha
tak patut betul sian kat rumah jiran tu..


p/s:comel sangat muka SAYANG ni..ngee~
jangan nakal-nakal na :)
ikhlas dari saya untuk kucing di atas :)




Monday, March 7, 2011

Hurmmm :)

Assalamualaikum...

hurmm???blog ni rasanya nak gulung tikar je kut...
nampak sangat mandom tahap kritikal...
hari ni saya ada idea nak buka gosip..hehe
pssttt :)meh sini kalau nak dengar..

ishhh saya geram betul la dengan seorang manusia ni...
dah la tegur saya kat FB tiba-tiba dia cakap saya sombong..
heran betul :(
so,saya pun melawak la cakap dia yang sombong...
dia boleh kata saya sombong sebab tak msg dia...
haikk!!!
kenapa pulak saya perlu msg dengan dia kalau tak ada hal yang mustahak...
lagipun perlu sangat ke saya kena msg dengan dia..
whatever la ^_^

aku pun saja la tengok FB dia...
terkejut gak la sebab kat atas tu bagitau(he3)
add as friend..
ishh3..
sampai macam tu sekali..
ermm..nak buat macam mana :(

semoga hidup dia sentiasa diredhai ALLAH..:)