Saturday, February 26, 2011

Kerja Baru!!!

Assalamualaikum...

Dah dapat kerja baru sambung kat department lain.Nama department tu tak payah bagitau la kat sini sebab nama dia unik sangat hehe.Bila saya bagitau saya kerja dekat_____mesti diaorang akan gelak.Kenapa yew???ejaannya kah,atau sebutannya kah hehe.Saya nak sebut pun terpaksa cover dengan mulut sebab takut tersalah bunyi pulak nanti.Arghh~bunyi pelik saya tak kisah janji income dia cukup masyukkk~

Nak jadi penglipur lara sekejap,promoter tu punya la susah payah call saya sampai 4 kali tapi satu pun saya tak angkat.Saya tak dengar call masuk tengok-tengok ada 3 panggilan masuk termasuk satu sms yang berbunyi macam ni"petang ni pukul 3 datang untuk interview"hehe..malunyerr~
nasib baik dia bagi sms kalau tak melepas saya.Saya pun pergila kat tempat kerja nak isi borang dulu.Nak dijadikan cerita promoter tu suruh saya photostat i/c.Saya pun apalagi dengan menggunakan segala kudrat pergi photostat dengan berjalan kaki di bawah cahaya matahari yg terik.Dipendekkan cerita time2 saya nak pergi interview supervisor pulak sibuk dia kata banyak kerja.So,saya pun terloncat keriangan macam maskot dalam iklan ribena.bestt oww~bukan senang dapat peluang macam ni

Tuntasnya(cehh~)hari selasa ni saya start kerja selama 4 jam.Thanks a lot to my promoter.


p/s:kira macam ni la kerja saya tengok baju sampai dah bosan sebab baju yang sama je..!!!

Friday, February 25, 2011

Kenapa terlalu cepat!!!

Assalamualaikum...


Biar betul result SPM 28.2.2011.Bagaikan sakaratul maut untuk menempuhinya.Takut=perkara biasa untuk budak nak ambil result.Ketaq=penyakit saya yang tak boleh hilang sampai sekarang.Menangis=tengokla macam mana nanti.Saya ingatkan yang diaorang cakap result keluar isnin ni tak betul.So saya pun pekakkan telinga la sebab mustahil sangat result keluar bulan 2.Tahun-tahun sebelum ni keluar awal bulan 3.Bila adik saya balik dari asrama dia kata tak jadi periksa 28.2.2011 sebab time tu result SPM nak keluar.TIDAKK!!!

Masa tu makan tak lalu terus(ye ke~)HAHA.Kawan-kawan saya cakap pun result SPM keluar isnin ni sebab diaorang dengar dari cikgu-cikgu.Tarikh tu tetap akan wujud juga nak buat macam mana kena hadapi la juga.Saya boleh bayangkan muka-muka cikgu yang tengah tunggu penuh debaran.Tak lupa juga kenapa guru kelas saya yang sudah semestinya akan turun padang untuk melihat keputusan kita.Dia akan berkata"Alhamdulillah akhirnya fizik tahun ni sekolah kita 100% lulus".woww~hebat tu cikgu cakap macam tu.Kami tak akan sia-siakan harapan cikgu.Don't worry Cikgu Zabariah.

Thursday, February 24, 2011

Berdikari untuk diri sendiri:-)

Assalamualaikum...


Berdikari bagi saya tu macam dah mula dapat merasa pegang duit sendiri(walaupun gaji tak dapat lagi)...wahhh!!bestnyerr menunggu macam mana dapat gaji pertama masa tu semua benda nak beli..tamak haloba la pulak..
tapi aku dah berhenti kerja sebab fair aku dah habis..nak kata best kat tempat kerja tu tak la tapi semua orang kat sana friendly tu yang buat saya agak TERKESIMA dan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dah semakin OK!!!insyaallah kalau ada rezeki saya nak sambung lagi kat department lain pulak..

coretan di sini sahaja,
jaga diri semua,
bye2

Saturday, December 18, 2010

Pengajaran kepada kita semua..

malam yang dah terlepas saya dan family seangkatan pergi la kedai makan bagi mengisi perut kami yang dah nyanyi lagu rock.saya TERnampak pak cik yang sudah tua dan berada dalam keadaan kelaparan meninjau ke arah restoran tu..sekali saya pandang kat pak cik tu..pak cik tu tengok saya balik dengan wajah yang dalam kelaparan(nak makan nasi)...sian kat pak cik tu...saya rasa bersalah sangat sebab tak bantu pak cik tu...kenapa la anak-anak dia tinggal bapa mereka macam tu..kita sebagai anak sepatutnya mengasihani ibu bapa kita kerana mereka memerlukan kita :-)

Tuesday, December 14, 2010

hari saya,hidup saya dan kawan saya....love them so much

haaa...kalau nak tau diorang semua ni adalah kawan saya..tp kami dah habis form 5 jadi persahabatan kami masih tetap kuat..cuma kami semua rindukan saat2 di kelas...nak sembang sampai tak ingat dunia,gelak ramai2,dan paling tak lupa sekali belajar bersama-sama...susah senang kami bersama...SAYANG 5 SAINS 2

1.ini kawan baik saya sejak year 5 lagi tu....
                                                                      aishah

2.ini pulak kawan baik jugak...banyak jugak kawan baik saya...ini happening habis la budak ni..
                                                                          atiqh

3.nun ni pulak orangnya lemah lembut so kalau saya nak cakap ngan dia pon kena lembut jugak..cewahhh!!!

                                                       fuyoo..cunnya!!haha(zainun)

4.yang ni plak mulut 24 jam tak boleh nak tutup..hahaha..tapi yang penting dia baik hati..genius lagi tu..

                                                                       azila

  5.lima anak dara ni masing tengah menunjukkan gigi diorang....hahaha..by the way diorang tak pernah sombong...kalau masuk U nak jugak kawan macam ni...ada kew??hurmm...
                                             liyana,azreena,syahirah,syaza,fatin

6.yang ni jejaka idaman..idaman kew???hahaha...budak2 ni la yang suka buat perak dalam kelas..kalau tak ada diorang aman tak terkata...hahaha
                                                    fikri,wan,meon,haidir,nun,hafiz,nabil  
                                     
7.diorang ni kawan baik..tapi kalau sekali mengata kt saya..fuhh alamak pedih terasa hingga ke tulang sum2..sabo je la...
                                                                 farhan,adib

8.baru melepaskan hajat baling batu kat sungai..hahaha
                                                   syahirah,nisya,anis,nun

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi....

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi....





Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.
Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amlkan 5S ini :
01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.
02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.
03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.
04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.
05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.
Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.
Dan bagi saya, ada dua S yang saya buat untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.
Pertama, saya Segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, saya rasa semangat, tidak banyak pun sikit.
Kedua, Stadi atau Siapkan kerja yang tidak siap. Masa ni la saya ambil peluang selesaikan tugasan yang pensyarah bagi sebab malam selalunya saya tidur awal.
Ok, selamat beramal dan jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye :D


Angan Terlalu Tinggi...

Ada kawan aku yang dua orang ni pulak pulon yang amat suruh aku kerja ngan diorang masa umur 27 tahun...pemeriksa pon tak right kertas lagi dah berangan macam mat jenin....diaorang kata kerja tu halal....aku malas nak dengar cakap diaorang tu sebab aku tengok diaorang pon tak ketahuan..hahaha
mana la tahu suatu hari nanti diorang jadi ahli perniagaan ke..gigit jari la aku masa tu...hahaha..<3